Wordless Wednesday.

Hye..Assalamualaikum.




Untuk renungan bersama..."Bertapa untungnya kita".
 
 
Sekian.

Blogger' Challenge #Day 2(Current Relationship Status)

Hye...Assalamualaikum..

*Current Relationship Status*


Bila sebut pasal love ataupun relationship status nie kan, aku x tau nak cakap ape. Except this one...

Sekian, Thxns for reading pals.=) 


p/s: sape nak join silalah ke Blogger Challenge.

Blogger' Challenge #Day1 (Introduce Yourself)

Hye..Assalamualaikum.





Rasanya ramai yang dah tahu kan pasal aku, tapi x apalah, aku introduce diri aku sekali lagi. Nama yang diberi tersangatlah panjang, sampai nak isi borang ape2 mesti sampai terkeluar border line yang sepatutnya. (Nur Muhammad Kamil Bin Mohd Izhari.) Berasal dari Perak. Sekarang ni, sedang menuntut di UiTM. Seorang pelajar semester06 dalam jurusan Bachelor Science of Architecture. Anak kedua dari tiga orang adik-beradik. Suka dengar lagu-lagu inggeris.X suka orang yang x reti jaga kebersihan.

Pergh....!! ayat aku x boleh blah..skema je. Hahaha~
hmm...nak taip ape lagi ea..dah blank dah otak aku nak pikir time pagi2 buta macam nie. Pukul 3.35 dah kowt...OMG..!!
k.lah..i need to go rite now. Rehat yang cukup diperlukan untuk aku x tido malam esok sebab ade submition hari isnin ni. Kerja kat studio tue bertimbun x siap lagi.


Sekian, Thxns for reading. =)

p:s/ nak tau pape lagi, comment kat ruang dibawah nie k.insyaallah kalau bleh jawab..aku jawab la ye..=)

Blogger Challenge

Hye..Assalamualaikum.

Sudah menjadi rutin aku kalau nak update entri baru je..mesti time malam. Kalau siang hari memang aku x berkesempatan nak update. Tersangat-sangatlah busy macam orang gila berkerja (padahal selalu je buat-buat free xde kerja) haha~

Hmm..actually, malam nie aku nak join satu sagment yang agak menarik bagi aku. Sagment nie aku dapat disebuah blog salah seorang dari follower aku. Mula-mula ari tue just tengok sekali imbas je..baca pun x seberapa coz mase tue aku curi-curi blog walking dalam studio masa kelas design.so, x berapa pasti apa isi kandungan sagment nie. Sampailah malam nie, aku baru terbaca comment dari tuan empunya sagment nie. Invite untuk join sagment dia (Blogger Challenge). Tuan empunya sagment nie memang ramah dan orangnya agak comel kau tahu..!! Sape nak knal die boleh tanya NAF sendiri k..huhuhu~






Buat pertama kalinya, challenge-challengenya adalah selama 15 hari. Jom kita usha..!


1.Introduce yourself
2.Explain your current relationship status
3.If you only could have one wish,what would it be?
4.If you could live anywhere in the world,where would it be?
5.The most amazing thing that ever happen to you?
6.Your bestfriend (s)
7.Choose lyrics and why you choose them?
8.If you could change anything about you,what would it be? Why?
9.Someone you look up to?
10.Your family
11.Google the meaning of your name and share what you got
12.A famous person you've been compared to
13.Something that puts a smile on your face no matter what
14.What are you afraid of?
15.Describe where you live


Simple je kan challenge die.. Tue yang buat aku rasa nak join tue.hehe~
Menurut NAF,  challenge nie actually dia buat untuk orang yang kebuntuan idea untuk taip entri baru je. Tapi aku rase kalau sape2 yang nak join &  ade masa tue, Boleh je kalau nak...secara x langsung dapat memeriahkan lagi sagment nie.=)



p/s: 1st day punya challenge, aku akan post entri baru k.

Cara menghilangkan @ mengelakan STRESS.

Hey..guys..!!
Assalamualaikum.

Semua orang pernah rasa stress kan..? Tak kira la orang muda ke mahupun tua, setiap orang di dunia akan pernah merasa stress (rasa tertekan) pada diri masing. Actually, symptom stress nie terhasil apabila seseorang itu berasa sesuatu yang keperluan itu melebihi keupayaan atau kemampuan diri mereka sendiri.

Bagi mereka yang begelar pelajar tue, mesti hari-hari rasa stress kan dengan asignment yang bertimbun-timbun. Tambah stress lagi bagi mereka yang suka buat kerja last minute macam aku. Memang rasa disaster sangat-sangat sebab takut x sempat siap sesuatu assingment ataupun kerja tu.(padan muka sape suruh buat kerja last minute). Hahahaha~

So, Hari ni aku nak kongsi dengan korang semua bagaimana cara untuk kita menghilangkan ataupun mengelakkan diri masing-masing daripada rasa STRESS.  Caranya senang sangat, korang cuma perlu amalkan 10 B.


1. Bertenang
2. Berfikiran Positif.
3. Bersenam
4. Beribadat
5. BeriadahBeriadah
6. Bernafas dengan dalam
7. Berehat dan mendengar muzik
8. Beriadah
9. Berkata : Relaklah....
10. Berurut






Actually, gambar-gambar yang ada nie aku snap poster dekat unit kesihatan UiTM isnin lepas, sementara tunggu giliran untuk jumpa doktor. Masa tue aku pun dah stress sangat, asyik batuk2  je lepas balik dari Bandung.


Sekian, Thxns for Reading.
=)

Cerita September.

Hye...Assalamualaikum.
Akhirnya ada jugak masa nak update blog. Last entri hari tue pun 6 september lepas..2 hari before balik kampus nie. Fuhh..!! lama tue.. So, alang-alang dah ade  mase free nie kan..saya ade beberapa cerita yang nak dikonsikan bersama & sorry sangat sebab lama x update k.

Cerita 1 : Majlis Hari Anugerah.

Sepatutnya tarikh nak balik kampus hari tu 10 september. Memang dah set dalam kepala ni nak balik tarikh tue..tapi tiba-tiba je dapat tahu ada hari anugerah dekat kampus pada 9 september. So, terpaksa lah tukar plan balik awal 8 september untuk pergi ke majlis hari anugerah tue. Actually, nie 1st time tau saya dapat skor dalam exam. Tak pernah lagi sebelum ni saya dapat skor dean list.Dari semester 1 sampailah semester 4 x pernah sekali pun.Tapi  alhamdulillah..berkat kesabaran, usaha dan tawakal selama nie, akhirnya dapat jugak skor pada semester 5.

Untuk pengetahuan  korang, saya nie bukanlah pandai sangat macam sesetengah orang tue..setiap kali exam je, mesti dapat keputusan yang cemerlang dari awal sampailah akhir pengajian.Bila grad je, pakai silang ANC (Anugerah Naib Canselor).Memang CEMERLANG lah kan..!!

So, apa-apa pun saya harap lepas nie, korang jangan lah mudah putus asa dengan rezeki yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T.. Teruskan berusaha dan yakin pada diri sendiri. Saya percaya rezeki untuk kita insyaallah akan sentiasa ada walaupun x sama.. cuma kita x tahu je bila masanya akan tiba.


Alhamdulillah..=D

muka letih + rasa mengantuk x habis lagi..(eye bag jelas kelihatan)=P

meet my friendly juniors..=)





Cerita 2 : Rumah Baru vs Rumah Lama


Semester nie dah pindah ke rumah sewa yang baru..tp still taman yang sama. Cuma yang beza rumah semi-D sekarang ni ada 3 bilik dan yang lama ada 2 bilik je. Banyak sangat sebab kenapa saya dengan kawan2 yang lain buat keputusan untuk pindah. 1st thing sebab kitorang pindah adalah disebabkan tuan rumah yang bersikap pentingkan diri. Dia tahu nak duit rumah sewa je tapi condition rumah yang dia sediakan x memuaskan langsung. Banyak sangat masalah dengan rumah sewa yg  lama tue, kalau nak cerita semua dekat sini.Confirm korang bosan baca entri nie.

So,the 2nd thing kenapa kitorang pindah adalah sebab jiran kitorang. Actually, jiran kitorang nie india & baik sangat tau.. Jangan korang salah faham ok. Dia bukan jahat pun. Yang kitorang x suka & x tahannya sebab bau asap kemenyan dan stangi yang dia bakar tiap2 hari, tu je.Dia nie jenis orang yang kuat agama. so, every single day dia akan bakar benda tue untuk dia 'sembahyang'. Kitorang yang duduk umah sebelah dia pun terhidu asap yang terhasil dari pembakaran tue. Nak study or buat assignment pun susah..sesak nafas kitorang hari-hari. Nasib baik la bau asap tue x melekat dekat pakaian kitorang, kalau x....g kelas pun bau semacam je. hahaha~

Maaf bukan gambar sebenar, atas sebab2 keselamatan.
Sumber: (google images)



Cerita 3 : 1 Jam di tengah-tengah Lebuhraya.

Jumaat , 16 september lepas, anak kepada kawan baik my parent ada majlis akad nikah di rumah dia on that nite. My parent ngan parent dia memang dah lama berkawan..and saya pun dah anggap dia  mcm cousin sendiri. Sebab dari kecik lagi duk main sama-sama. Petang tue habis je solat jumaat...saya terus bertolak ke taiping,perak. My parent & my elder sis dah tggu kat sana.

Nak dijadikan cerita,semasa perjalanan ke sana di lebuhraya ipoh-taiping...secara tiba-tiba je semua kereta berhenti mengejut termasuk la saya sekali.memang 'terkejut beruk' la masa tue. Yang x best nye, boleh pulak jem tengah-tengah jalan naik cerun bukit..! Haish...!! stressnya drive kereta dalam keadaan sesak macam nie. Memang sakit kaki la duk tekan padel clutch ngan minyak tue.Kereta pun bergerak sikit2 je mendaki cerun bukit.Dah la drive kereta sorang-sorang, memang bosan dan bertambah stress je rasa. Nasib baik la saya nie bukan jenis yang cepat gelabah,tambah2 di saat break mengejut tue. Kalau x, memang x drive atas jalan raya la masa tue. mungkin drive dalam longkang or gaung.Wallahualam.

Dekat 1 jam jugak saya berusaha menaiki cerun bukit tu. Akhirnya, habis jugak dugaan yang menimpa. Cuba korang bayangkan bertapa bosannya saya dalam kereta tue sorang2 dengan keadaan kereta yang bergerak perlahan. Sempat main kamera lagi kowt..jom tengok gambar yang saya snap masa tue.


Masa nie dah nak sampai puncak cerun bukit.



Sedang menuruni cerun bukit.



nampak x kereta kancil tu..



X pasti kereta kancil tue kemalangan dengan apa. (Kesian sangat).







































































































Dat's all..Thank you for reading.
=D

Seiras Aaron Aziz.


Seiras??











Seiras???










SEIRAS...???








Hey guys!
assalamulaikum.=)


Haa...!! mesti korang semua rasa suspicious gile kan dengan topik entri nie.
YES or  NO
(*jawab jujur ok. tipu dosa..!! hehe~)
Kalau Yes, bagus la...sebab ia menandakan anda seorang yang punyai sikap rasa ingin tahu..kalau x, mesti x singggah blog nie punya...kan kan.??

So,korang tau x apa maksud 'Seiras' tu..?? Lu tau..?? Lu Tau??? Lu X Tau Punya..!! (hehe~) Bergurau je k...Confirm2 korang semua tahu kan ape  maksud seiras tue. Selalunya kita guna perkataan tue untuk menyamakan rupa seseorang tue dengan rupa orang lain.Dalam bahasa inggeris ianya disebut 'identical'. Kalau x tau jugak, korang pergi cari dalam kamus dewan bahasa dan pustaka k..

Hah..!! Tunggu pa lagi?? p cari lekaih..!! hehe~
{Lekaih = Cepat}

Ok. balik pada cita asal, betul ke  kamil izhari @ diri aku ni dengan Aaron Aziz  seiras??

 X masuk akal langsung..!!

Korang nak tahu kenapa aku kata x masuk akal langsung? meh sini nak habaq mai kat hampa. Hanya dengan menjawab soalan quiz yang mengandungi 5 soalan mudah je, anda dikatakan seiras dengan artis-artis kat malaysia nie. Pergh...gila ke apa?? Sepatutnya buat perbandingan gambar ke, diri sebelah-menyebelah ke..ok la jgk. Ini x, jawab soalan je...hahhaa~...Kalau x percaya, Jom kita preview gambar kat bawah nie.


[ Klik gambar untuk 'better view' ]
* baca petikan diatas.







Betulkan apa yang aku kata. Mudah je soalan quiz tue. X perlu nak perah otak pikir sangat-sangat.

&
dekat bawah nie result yang aku dapat lepas jawab kelima-lima soalan.







Sah-sah la x seiras...aku bukannya hensem, kacak macam pelakon terhangat drama tv sekarang tue.
x perlu la nak perli-perli ok!!....kecik hati aku! 
T.T
*Aku redha je dan bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang nie.=D


p/s: klu korang rasa nak cuba jawab soalan tue, boleh la klik kat SINI.
      hehe~

Thxns for reading.

Ramadhan Terakhir.


Hye..Assalamualaikum.

Malam nie xde pe sangat yang aku nak cerita sebab hati ku merasa sungguh sedih dan terharu.
Semuanya gara-gara ending episod akhir drama Ramadhan Terakhir di TV3 tue.
Actually, dari episod pertama lagi aku dah suka tengok drama nie + lagu tema dia pun best sangat-sangat, dengan tone dan melodi yang santai sambil diiringi tiupan seruling.Cerita nie memang membawa banyak mesage yang sangat baik untuk semua penonton tidak kira bangsa, tua, muda, kanak-kanak, ibu, bapa, mahupun diri aku sendiri.

so,dat's all for tonight.
Jom layan lagu tema OST Ramadhan Terakhir.
Selamat mendengar.
Nyayian : Pompa Bensin.
Berjudul : Jangan Lupa Namaku





Bagi sesiapa yang x pernah tengok drama nie or ter-miss mana2 episod yang lepas, boleh tengok di TONTON.

Sekian..Thxns for reading. =) 

Hah..!! TOP 50..??

Hye Assalamualaikum.


Hari nie aku happy sangat...Happy yang dah lama aku x rasa..mcam seorang Bapa yang baru dapat anak pertama..mcm nie...Woww..!!


(macam la aku dah kahwin dan pernah dapat anak pertama)...hehe~

Hari  nie ada dua perkara yang membuatkan aku GEMBIRA.
BUT, untuk entri nie aku nak cerita 1 je dulu sebab ni entri KHAS..untuk Blog Kucing.
Blog je name kucing..tuan blog tetap manusia Okay..!!


Actually, aku baru ja balik dari Alor Setar pukul 10 td..ada majlis berbuka puasa ngan kawan2 aku.
Masuk2 je dalam rumah, terus aku terjah kat kekasih aku..!!
Sebab nak check Notification kat fb n  blog je pun..hehe~
Sekali, kena Heart Attack jap 3 second..(3 second je..lama2 nnt, arwah la aku jawabnya)
Aku tengok traffic orang singgah ke blog aku bnyak gila...majoritinya dari link Blog Kucing. Pelik la aku pun, tiba-tiba ja kan..so,dengan rasa hairannya terus klik kat link source tue.

Memang Shock aku seketika, sebab aku baru je nak tanya AM (tuan punya blog Kucing) bila boleh tau result setiap stage contest dia. Tup..tup..!! dah keluar dah senarai nama peserta yang join contest tue...



untuk stage1.





Hah...Top 50..??
betul ke??

Aku pun scroll lah dekat PAGE DIA NIE kot-kot lah ada nama aku kan..
dan ternyata memang ada nama aku senarai dalam top 50 tue.
patutla traffic blog meningkat..!!

ALHAMDULILLAH....!!
Memang susah kowt aku nak bersaing dalam contest nie..Punya lah ramai yang join.
semuanya comel-comel dan segak-segak dengan Baju Melayu(boy) dan Baju Kurung (gurl) masing-masing.
Percentage nak menang tue agak susah jgk la.
So, bagi sesiapa yang x sempat join tue..harap bersabar.
Nanti aku suruh AM wat contest yang macam nie jugak lagi k..
hehe~
Dat's all for tonight..& thxns for reading.

p/s: Thxns AM. Hopefully boleh la menang ke Final nanti ye...!!
hehe~

Kekasihku kini SUCI, BERSIH.

Hye..Assalamualaikum.
Salam Ramadhan.
Pejam celik pejam celik, dah masuk 20 hari kita berpuasakan..dan tak lama lagi kita semua akan beraya di kampung halaman masing-masing. Itu pun kalau semua orang ada kampung la, bukan semua ada kampung, betul x? So, bagi yang x ada kampung tue, Selamat beraya di taman perumahan masing-masing ye..hehe~

Haaa......korang nampak x Tajuk entri aku tue..?? Agak2 apa lah kan..
Sempena bulan yang baik nie..Aku nak sangat kongsi cerita terbaru dan terhangat di pasaran sekarang nie.(mood:perasan...hehe~) Hopefully, cerita nie boleh dijadikan iktibar buat kita semua...
FYI, lappy  aku a.ka. kekasih aku nie dah lme xde anti virus..almost 1 year la jugak  x guna sebarang anti virus(Bajet guna Heavy Duty punya lappy). Sebabnya malas nak g beli....Jauh & mahal Kowt..!!
hehe~ *Alasan.


Nak dijadikan cerita 2 hari lepas...tetiba je tangan aku gatai g taip kat google, search Karpersky Internet Security (Anti Virus) yang dah crack (*Crack = hacked). Then jumpa la satu download link nie, KIS2012...
Aku nie pantang skit, kalau dah jumpa tue...aku rembat je..Ye la kan, dah lama sangat lappy aku xde satu anti virus pun. So, aku pun download la..,dengan yakin dan harapan Anti Virus nie bleh guna.

Bila dah settle je kerja2 mendownload..aku terus la install sampai la kena restart bilik lappy supaya software nie ade action. Then, lepas aku masukan je password lappy, Memang bagi ACTION sangat2...



KENA VIRUS....!!!


Damnnn....!!
nie bukan Anti Virus...Tapi Give Virus..!!
Habis lingkup aku punya sistem komputer...Macam Orang kena Penyakit Kronik yang lumpuh otak.
Alangkah malangnya nasib ku nie,(sambil meletakan tangan di dahi).

Nasib baiklah semua folder portfolio design aku dan hasil2 kerja selama 3 tahun x kena attack sama.Kalau x, manangis air mata darah la jawabnya.Benda2 tue semua penting kowt, untuk aku guna masa mohon kerja kat mana2 firma arkitek nanti.Tanpa berpikir panjang, aku pun buat backup semua fail2 tue dekat partition D:/. dan dengan paksa relanya aku pergi mengantar kekasih aku nie kedai komputer untuk diformat semula.

Nama pun Format semula....Memang fresh la kekasih aku nie..macam guna lappy yang baru beli...Suci dan bersih dari segala jenis virus.Hahhahahhaha~
Software2 yang ada  sebelum nie,suma hilang...abih xdok po urgh..!!

{T_T}

nie lah model yg sengkatan kekasih aku tue.(Asus) 

So, sebagai pengajaran nya..Pastikan lah, kekasih a.k.a lappy anda memiliki Anti virus yang SAH.
Dat's all..Thxns for reading.

Thxns....thxns...thxns...!!!

Hye...Assalamualaikum.
Entri nie khas aku buat sebagai tanda terima kasih yang x terhingga buat pihak tertentu.
#1.
 Firstly adalah untuk cik Nuffnang Dan TGV.
coz sudi bagi Hadiah birthday untuk aku.
mesti ada diantara anda semua yang dah pernah dapat hadiah nie, 
Tapi untuk yang belum pernah dapat lagi tue, mesti tertanya-tanya kan apa yang aku dapat..!!

Nak tahu hadiah apa???

Cuba baca email yang aku dapat nie dari pihak Nuffnang.
*Klik pada gambar untuk lihat dengan lebih jelas.



Aku pun tak pasti lagi bila nak g ambik pass tue.
Dah la tengah best Bercuti kat Perlis nie..Nak kena g redeem plak...
Jauh kowt nak balik pergi Kuala Lumpur.
Adesh.....*Rugi-rugi.
Dammnnm..!!


Apa2 pun Thxns Cik Nuffnang dan TGV.


#2.

Baru-Baru Nie aku de join satu segment nie.
Segment nya adalah,


segment nie khas untuk blogger baru je tau...
MACAM AKU..!!
dan dibuat oleh seorang blogger nie iaitu wan.
Nak di jadikan cerita, aku jumpe link dia mase aku buat blogwalking masa pagi-pagi buta Birthday aku hari tue..Sebab terlebih HAPPY  macam aku post dalam entri sebelum nie.
*Terlebih happy x bermakna GILA ok..!!
huhu~
Then,aku tengok macam best je segment si wan nie,so,aku pun Join lah.
Mana lah tau kan kot-kot blog aku boleh tersenarai dalam Keputusan akhir.

Hari nie aku wat la blog walking sekali lg, mana2 blog yang pernah aku singgah.
Tiba-tiba aku perasan satu  Banner yang pernah aku tengok sebelum nie.
*Banner kat atas tue.
Hah keputusan dah ada..!!
title entri dia.
Jari aku pun dengan sepantas kemampuannya menarik scroll mouse tue dan x sangka, aku antara yang bertuah untuk  Tersenarai dalam list tue.

so, Thxns wan 4 gived me a chance to join ur segment.

Sekian.

The Day...!!!


Hey
  GUYS...!!
Assalamulaikum.


Just wanna Let you know, today i'm officially 21...
(on 10 August 2011)
So, I wish the coming days a.k.a my future will be bright than before and more successfull in whatever I do with the blessing of ALLAH S.W.T.
amiiiinnnn....~
I'm celebrate this birthday with my beloved parent after Berbuka
with this...Nyummy..!!

*Jadi Jakun sebab dah lama x makan Pizza Hut.
haha~

Sory adik and kakak...u guys are not here to join it.
&
Thxns to all Wisher...family, cousin, old frenz, new frenz and all of you.

Thank You So MUCH...!!

i'm really appreciate it.
=)





Saya Segak Berbaju Melayu

Hye.
Assalamualaikum.


Nampak X banner kat atas nie...comelkan doodle die..
So, cute..U know...!!
Banner kat atas nie actually adalah banner bagi satu contest yang dibuat oleh seorang bloger nie..
nama dia
Kucings' Blog.

Alang-alang kita semua tengah berpuasa dan nak sambut Aidilfitri x lama lagi.
Contest nie mmg sesuai untuk diadakan.
memang best lah.
syarat-syarat dia pun simple je..just upload gambar kita yang sesuai dengan tema contest.
dan beberapa lagi...
Kalau nak tahu dan Join contest nie, korang boleh klik SINI.

so, cari punya cari....jumpa jugak gambar aku untuk masuk contest nie.
|
|
|
|
V
TAAARRAAA...!!!
*hehe~

Gambar nie diambil masa raya tahun lepas, 2010.
di kampung halaman tercinta. =)
Chaiyok-chaiyok kamil..!!
huhu~

Sekian,
Thxns for reading this entry.

SAYA JOIN SEGMEN BLOGGER BARU.


Hye..Assalamualaikum.

Malam nie aku dengan rasa HAPPY SANGAT  dan berbesar hati
nak buat BlogWalking pagi-pagi buta nie.
So, banyak blog yang aku dah singgah dan baca entry diorang. Semuanya best2..!!
ade cerita pasal life, pasal isu-isu semasa, pasal shopping, pasal makanan, pasal contest
dan macam-macam lah..!!
Singgah punya singgah...baca punya baca..tetiba mata aku terpandang dekat satu entry nie..

|
|
|
|

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
V

l

Haaa....!!
Nampak x banner kat atas tue..
Tu la entry yang aku maksudkan...Actually, x de pape pun..(Bajet Suspen Gila)
*hahaha~
kalau korang nak tahu, aku suke bab2 masuk segment mcm nie..
Sebab aku bleh jumpa banyak lagi link kat situ untuk disinggah..dan secara x langsung boleh la tambah senarai follower aku yang xseberapa nie.
(itu pun klu diorang sudi follow)
T.T
So,dengan rasa berbesar hati, aku mengambil keputusan untuk join segment nie.
dan sapa2 yang rasa nak JOIN jugak...boleh lak klik kat SINI k.
Sekian,
Thxns for Reading.

Chocolate Cookies Di Pagi AidilFitri.


Hye...Assalamualaikum.
Selamat Berpuasa Semua.

hmmm...sedar x sedar..dah seminggu kita berpuasa dan hari ada lah hari kelapan bagi seluruh Umat Islam yang berpuasa. Mesti ada diantara anda semua yang sudah pikir nak makan kuih raya apa di pagi raya nanti kan. Tambah-tambah adik2, kakak2, makcik2 yang gurl kat luar sana tue, tentu dah bersedia untuk beli barang untuk buat kuih dan kek untuk raya nanti kan.

DO U LOVE CHOCOLATE...??

So, bagi sesiapa yang suka sangat, Atau 'Obsess' Atau erti kata sebenar Histerialah  kalau x makan cokelat untuk sehari. Disini ade satu resepi biskut yang Berasaskan Cokelat yang boleh anda cuba untuk dihidangkan pada pagi aidilfitri nanti.

(Chocolate Fudge Chunky Cookies)




Prep time: 25 minutes
Baking time: 10-12 minutes
Difficulty: Easy

Ingredients:-


• 1 bag DOVE® PROMISES® Milk
Chocolate Miniatures
• 1 bag chopped SNICKERS® Brand
Miniatures
• 1/4 cup butter
• 1/4 cup firmly packed brown sugar
• 2 eggs
• 1 cup flour
• 1 teaspoon almond extract
• 1/4 teaspoon baking powder

Directions:-


Coarsely chop the DOVE® PROMISES® Milk Chocolate Miniatures and melt them either in a bowl on top of a double boiler or in the microwave for 1 to 1-1/2 minutes.
Stir the chocolate until smooth. Add the sugar, butter, eggs and almond extract.

Stir in the flour and baking powder
Add 1 cup of chopped SNICKERS® Brand Miniatures.
Drop heaping tablespoons of batter on an ungreased cookie sheet.
Bake in a preheated oven at 350 degrees for 10 to 12 minutes.
Cool on the cookie sheet.
Makes 10 doughnuts.



Actually, Resepi nie aku terjumpa kat satu website chocolate dan kat situ ada pelbagai lg resepi yang berasaskan cokelat.
So, kalau nak tahu resepi ape lagi yang ada...anda boleh klik kat
SINI.
**Sharing is Awesome**

That's all for today...Gud Luck..!!
Thxns.
=)

Thank You Nuffnang

Assalamualaikum.

HEY GUYS...!!
Ape khabar semua...???
Hopefully sihat-sihat la belaka ye..
Actually, hari ni adalah hari dalam sejarah aku sebagai blogger yang baru saja menapak di dunia blog ni.
dan terima kasih jugak kepada semua yang sudi singgah.
Thanks A Lot..!!
tanpa anda, siapa la saya..!!
(Bajet mcm artis baru terima Grammy Award)
haha~
=P

Kenapa aku kata hari ni adalah hari dalam sejarah, tahu x??
hmmm...kalau sekali baca Title entri mesti dah bleh agak kan...
Act, hari nie adalah hari pertama aku dapat "earning" daripada Nuffnang.
selalu aku check kat aku nye account nuffnang xde pape pun...
RM0.00 je...
aku redha je..sebab aku wat blog nie just untuk suka2 je.
TAPI
x sangka pulak hari nie dapat Earning pertama.Walaupun x banyak, aku tetap bersyukur dan berterima kasih..
sebab bukan senang tau nak dapat earning daripada pihak nuffnang nie kalau blogger yang masih mentah macam aku nie.


Nie first earning yang aku dapat.



So, dat's all for now...c ya.
Thxns.

Ribut oh Ribut..!!

Assalamualaikum.

hye..guys..!!
Hari ni aku nak bagi tau kat korang semua yang aku HAPPY sangat2.
YEeeeeeehhhhaaaaAAA....!!( ketawa macam menang loteri $100 juta)


happy gila kowt ....mana x nya..aku dah boleh on9 seperti biasa setelah 3 ari aku x boleh ON9.
(3 hari = 3 tahun)
hehe~

Stress... makan x lalu, mandi x basah. sampai demam selesema aku dibuatnya. 
Ni semua gara-gara ribut kuat 3 malam lepas.
Mula-mula tu, hujan turun relax je sambil menghasilkan bunyi apabila air terkena bumbung zin kat porch kereta..dan kilat pun bercahaya tanpa mengeluarkan bunyi guruh.
Dah hujan renyai, aku pun 'slumber' lah on9 kan.
Selang je 10 minit kemudian,
Tengah layan baik punya chatting dengan member..gelak-gelak sambil menaip, 
tiba-tiba..


GROOOOMGH....!!! 
(bunyi guruh yang amat kuat)
dan serta merta rumah aku black-out..!!
 Macam nak luruh jantung aku masa tue.

Aku pun cepat-cepat cabut kabel elektrik kat belakang lappy takut effect macam lappy sebelum nie yang rosak terus akibat terkena kilat.
(Actually, nie dah 2nd time kene kilat time tengah on9 tapi x serik2..)
hehe~
Tapi nak dijadikan cerita, Modem aku terus lingkup(rosak) sebab kene kilat.
haish...sabar je la.
Esok hari nya, aku pun try lah call TM (Telekom Malaysia) untuk buat report dan tukar modem skali tp malang x berbau...modem aku bru je tamat tarikh warranty 2 bulan sudah.
hmmm....Melepas la sudah..~
So, Hari nie aku g cari Modem+ wireless router baru kat Alor Setar dengan harga seratus lebih.
aku bli yang baik punye modem siap ade anti lightning strike lagi (sebagai langkah berjaga-jaga) dgn 150mbps speed.
Then, sampai je rumah aku terus contact TM untuk configure modem baru nie.
1/2 jam punye kerja, configure modem dgn bantuan brader TM...
ALHAMDULILLAH.....!!
internet dah berjaya di kembalikan dgn kelajuan yang lebih laju dan efektif.
huhu~

p/s: Thxns Brader TM  atas bantuan anda.=)

BEN ASHAARI CARI BLOGGER BARU JER ..

Assalamulaikum.


Hye semua. Thxns sebab sudi singgah blog yg x seberapa nie.
KAMIL IZHARI.
Act, blog nie baru je dibina bulan 12 tahun lepas, tetapi disebabkan terlalu sibuk dengan assignment dan design projek. Blog nie x sempat nak di 'promosi' dan di 'update'  untuk tantapan umum.
So, Dengan mulanya cuti semester nie...blog nie insyaallah akan diupdate untuk berkongsi cerita dan pengalaman yang saya lalui.
Blogger yg nk berkenalan tue..bleh la follow saya...
& just be free 2 ask me anything.
insyaallah..klu boleh sy jawab, saya jawab okay..
=)
P/s: Thxns kpd Abg Ben Ashaari kerana buat segmen nie.


Sape2 yg nk join bleh klik SINI.

23rd Architecture Workshop (TERANG)

TERANG la weyh...weyh...Terang la weyh...!!!

Hye..Assalamualaikum.
sory dah lama x update blog..bz sangat dengan kerja.
so, sekarang nie aku nk cite pengalaman aku join event baru-baru nie..iaitu
ARCHITECTURE WORKSHOP.
Korang tau x, ape tue Architecture Workshop??
Sape yang dari dunia archy yang sama macam gwa..mesti lah tau kan..
kalau yang buat2 x tau tue..meh sini gwa kasi debik skali kat dahi tue...!!
(*bajet kuat)hehe~
ok, meh sini gwa cite untuk korang yang x tau lagi pasal nie..

Architecture Workshop nie sebenar adalah salah satu acara terbesar dalam dunia student architecture kat malaysia nie.
Ia diadakan sekali je dalam setahun...mcam raya puasa jugak.
setahun...hanya sekali...merayakan...tettttttttttttttt..(x ingat lagu raya).
hahaha~
Pihak yang terlibat dalam jadi perserta,penganjur dan segala jenis 'PER' lah kan, semuanya student archy sendiri. Lecturer pun ade gak...bukan nak kata x de..tp diorang just  jd tulang belakang bg kami (student)...
Senang cite, lecturer2 nie kire jadi penasihat la..

Untuk tahun nie, Architecture Workshop nie dianjurkan oleh Tuan Rumah iaitu UTM,
Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.
dan temanya adalah (cahaya) TERANG........!!!
p/s: sebelum nie(tahun lepas)...buat kat UKM, Bangi..sebab masa tue giliran diorang jadi tuan rumah.


Tekan SINI atau pun SINI.
untuk maklumat selanjutnya.

Event nie di adakan selama 5 hari...dan banyak pertandingan yg diadakan...dan yang utamanya adalah

1. Installation & Exhibition Competition.
2. Design Competition (Part 1 & Part 2)
3. Multimedia Competition.
4.Photography Competition.
5. Photo Manipulation Competition.
6.Performing Competition.

tengok HADIAH die....memang gempak  lah gwa cite sama lu...








LUMAYAN KAN HADIAH-HADIAH DIA...!
Mavelous...!!
haha~

NAH, Antara Gambar yang SEMPAT di terjah ambil sepanjang event berlangsung...

 Sketsa Performing @ Bazter Living Room.

 Mural Design Competition @ FAB,utm,skudai.

Catch Mania time...tengah modified Terabot.

 TERAPOTTER...from Group9.
 Photoshot ramai2 dengan semua peserta.@ Bukit Timbalan.JB.


Ok...guys..!!
rasanya dah cukup buat masa nie..nanti gwa update lagi entry baru.
Thxns 4 reading dis entry..=)

*credit for Terang comunity / website, rakan2...dan semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak.
Thank You So Much.