Blogger' Challenge #Day1 (Introduce Yourself)

Hye..Assalamualaikum.





Rasanya ramai yang dah tahu kan pasal aku, tapi x apalah, aku introduce diri aku sekali lagi. Nama yang diberi tersangatlah panjang, sampai nak isi borang ape2 mesti sampai terkeluar border line yang sepatutnya. (Nur Muhammad Kamil Bin Mohd Izhari.) Berasal dari Perak. Sekarang ni, sedang menuntut di UiTM. Seorang pelajar semester06 dalam jurusan Bachelor Science of Architecture. Anak kedua dari tiga orang adik-beradik. Suka dengar lagu-lagu inggeris.X suka orang yang x reti jaga kebersihan.

Pergh....!! ayat aku x boleh blah..skema je. Hahaha~
hmm...nak taip ape lagi ea..dah blank dah otak aku nak pikir time pagi2 buta macam nie. Pukul 3.35 dah kowt...OMG..!!
k.lah..i need to go rite now. Rehat yang cukup diperlukan untuk aku x tido malam esok sebab ade submition hari isnin ni. Kerja kat studio tue bertimbun x siap lagi.


Sekian, Thxns for reading. =)

p:s/ nak tau pape lagi, comment kat ruang dibawah nie k.insyaallah kalau bleh jawab..aku jawab la ye..=)

Blogger Challenge

Hye..Assalamualaikum.

Sudah menjadi rutin aku kalau nak update entri baru je..mesti time malam. Kalau siang hari memang aku x berkesempatan nak update. Tersangat-sangatlah busy macam orang gila berkerja (padahal selalu je buat-buat free xde kerja) haha~

Hmm..actually, malam nie aku nak join satu sagment yang agak menarik bagi aku. Sagment nie aku dapat disebuah blog salah seorang dari follower aku. Mula-mula ari tue just tengok sekali imbas je..baca pun x seberapa coz mase tue aku curi-curi blog walking dalam studio masa kelas design.so, x berapa pasti apa isi kandungan sagment nie. Sampailah malam nie, aku baru terbaca comment dari tuan empunya sagment nie. Invite untuk join sagment dia (Blogger Challenge). Tuan empunya sagment nie memang ramah dan orangnya agak comel kau tahu..!! Sape nak knal die boleh tanya NAF sendiri k..huhuhu~






Buat pertama kalinya, challenge-challengenya adalah selama 15 hari. Jom kita usha..!


1.Introduce yourself
2.Explain your current relationship status
3.If you only could have one wish,what would it be?
4.If you could live anywhere in the world,where would it be?
5.The most amazing thing that ever happen to you?
6.Your bestfriend (s)
7.Choose lyrics and why you choose them?
8.If you could change anything about you,what would it be? Why?
9.Someone you look up to?
10.Your family
11.Google the meaning of your name and share what you got
12.A famous person you've been compared to
13.Something that puts a smile on your face no matter what
14.What are you afraid of?
15.Describe where you live


Simple je kan challenge die.. Tue yang buat aku rasa nak join tue.hehe~
Menurut NAF,  challenge nie actually dia buat untuk orang yang kebuntuan idea untuk taip entri baru je. Tapi aku rase kalau sape2 yang nak join &  ade masa tue, Boleh je kalau nak...secara x langsung dapat memeriahkan lagi sagment nie.=)



p/s: 1st day punya challenge, aku akan post entri baru k.

Cara menghilangkan @ mengelakan STRESS.

Hey..guys..!!
Assalamualaikum.

Semua orang pernah rasa stress kan..? Tak kira la orang muda ke mahupun tua, setiap orang di dunia akan pernah merasa stress (rasa tertekan) pada diri masing. Actually, symptom stress nie terhasil apabila seseorang itu berasa sesuatu yang keperluan itu melebihi keupayaan atau kemampuan diri mereka sendiri.

Bagi mereka yang begelar pelajar tue, mesti hari-hari rasa stress kan dengan asignment yang bertimbun-timbun. Tambah stress lagi bagi mereka yang suka buat kerja last minute macam aku. Memang rasa disaster sangat-sangat sebab takut x sempat siap sesuatu assingment ataupun kerja tu.(padan muka sape suruh buat kerja last minute). Hahahaha~

So, Hari ni aku nak kongsi dengan korang semua bagaimana cara untuk kita menghilangkan ataupun mengelakkan diri masing-masing daripada rasa STRESS.  Caranya senang sangat, korang cuma perlu amalkan 10 B.


1. Bertenang
2. Berfikiran Positif.
3. Bersenam
4. Beribadat
5. BeriadahBeriadah
6. Bernafas dengan dalam
7. Berehat dan mendengar muzik
8. Beriadah
9. Berkata : Relaklah....
10. Berurut






Actually, gambar-gambar yang ada nie aku snap poster dekat unit kesihatan UiTM isnin lepas, sementara tunggu giliran untuk jumpa doktor. Masa tue aku pun dah stress sangat, asyik batuk2  je lepas balik dari Bandung.


Sekian, Thxns for Reading.
=)

Cerita September.

Hye...Assalamualaikum.
Akhirnya ada jugak masa nak update blog. Last entri hari tue pun 6 september lepas..2 hari before balik kampus nie. Fuhh..!! lama tue.. So, alang-alang dah ade  mase free nie kan..saya ade beberapa cerita yang nak dikonsikan bersama & sorry sangat sebab lama x update k.

Cerita 1 : Majlis Hari Anugerah.

Sepatutnya tarikh nak balik kampus hari tu 10 september. Memang dah set dalam kepala ni nak balik tarikh tue..tapi tiba-tiba je dapat tahu ada hari anugerah dekat kampus pada 9 september. So, terpaksa lah tukar plan balik awal 8 september untuk pergi ke majlis hari anugerah tue. Actually, nie 1st time tau saya dapat skor dalam exam. Tak pernah lagi sebelum ni saya dapat skor dean list.Dari semester 1 sampailah semester 4 x pernah sekali pun.Tapi  alhamdulillah..berkat kesabaran, usaha dan tawakal selama nie, akhirnya dapat jugak skor pada semester 5.

Untuk pengetahuan  korang, saya nie bukanlah pandai sangat macam sesetengah orang tue..setiap kali exam je, mesti dapat keputusan yang cemerlang dari awal sampailah akhir pengajian.Bila grad je, pakai silang ANC (Anugerah Naib Canselor).Memang CEMERLANG lah kan..!!

So, apa-apa pun saya harap lepas nie, korang jangan lah mudah putus asa dengan rezeki yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T.. Teruskan berusaha dan yakin pada diri sendiri. Saya percaya rezeki untuk kita insyaallah akan sentiasa ada walaupun x sama.. cuma kita x tahu je bila masanya akan tiba.


Alhamdulillah..=D

muka letih + rasa mengantuk x habis lagi..(eye bag jelas kelihatan)=P

meet my friendly juniors..=)





Cerita 2 : Rumah Baru vs Rumah Lama


Semester nie dah pindah ke rumah sewa yang baru..tp still taman yang sama. Cuma yang beza rumah semi-D sekarang ni ada 3 bilik dan yang lama ada 2 bilik je. Banyak sangat sebab kenapa saya dengan kawan2 yang lain buat keputusan untuk pindah. 1st thing sebab kitorang pindah adalah disebabkan tuan rumah yang bersikap pentingkan diri. Dia tahu nak duit rumah sewa je tapi condition rumah yang dia sediakan x memuaskan langsung. Banyak sangat masalah dengan rumah sewa yg  lama tue, kalau nak cerita semua dekat sini.Confirm korang bosan baca entri nie.

So,the 2nd thing kenapa kitorang pindah adalah sebab jiran kitorang. Actually, jiran kitorang nie india & baik sangat tau.. Jangan korang salah faham ok. Dia bukan jahat pun. Yang kitorang x suka & x tahannya sebab bau asap kemenyan dan stangi yang dia bakar tiap2 hari, tu je.Dia nie jenis orang yang kuat agama. so, every single day dia akan bakar benda tue untuk dia 'sembahyang'. Kitorang yang duduk umah sebelah dia pun terhidu asap yang terhasil dari pembakaran tue. Nak study or buat assignment pun susah..sesak nafas kitorang hari-hari. Nasib baik la bau asap tue x melekat dekat pakaian kitorang, kalau x....g kelas pun bau semacam je. hahaha~

Maaf bukan gambar sebenar, atas sebab2 keselamatan.
Sumber: (google images)



Cerita 3 : 1 Jam di tengah-tengah Lebuhraya.

Jumaat , 16 september lepas, anak kepada kawan baik my parent ada majlis akad nikah di rumah dia on that nite. My parent ngan parent dia memang dah lama berkawan..and saya pun dah anggap dia  mcm cousin sendiri. Sebab dari kecik lagi duk main sama-sama. Petang tue habis je solat jumaat...saya terus bertolak ke taiping,perak. My parent & my elder sis dah tggu kat sana.

Nak dijadikan cerita,semasa perjalanan ke sana di lebuhraya ipoh-taiping...secara tiba-tiba je semua kereta berhenti mengejut termasuk la saya sekali.memang 'terkejut beruk' la masa tue. Yang x best nye, boleh pulak jem tengah-tengah jalan naik cerun bukit..! Haish...!! stressnya drive kereta dalam keadaan sesak macam nie. Memang sakit kaki la duk tekan padel clutch ngan minyak tue.Kereta pun bergerak sikit2 je mendaki cerun bukit.Dah la drive kereta sorang-sorang, memang bosan dan bertambah stress je rasa. Nasib baik la saya nie bukan jenis yang cepat gelabah,tambah2 di saat break mengejut tue. Kalau x, memang x drive atas jalan raya la masa tue. mungkin drive dalam longkang or gaung.Wallahualam.

Dekat 1 jam jugak saya berusaha menaiki cerun bukit tu. Akhirnya, habis jugak dugaan yang menimpa. Cuba korang bayangkan bertapa bosannya saya dalam kereta tue sorang2 dengan keadaan kereta yang bergerak perlahan. Sempat main kamera lagi kowt..jom tengok gambar yang saya snap masa tue.


Masa nie dah nak sampai puncak cerun bukit.



Sedang menuruni cerun bukit.



nampak x kereta kancil tu..



X pasti kereta kancil tue kemalangan dengan apa. (Kesian sangat).







































































































Dat's all..Thank you for reading.
=D